Description
Bawal Bakawali
Bila Anda Mahu Tampil Anggun di Majlis Yang Dinanti-nantikan
Majlis kahwin, kenduri, majlis raya atau sambutan keluarga. Anda mahu kelihatan cantik dan yakin dari mula hingga akhir, tanpa perlu betulkan bawal berkali-kali. Bawal Bakawali direka untuk saat-saat istimewa seperti itu.
Dihiasi 48 kuntum motif bunga diamond yang tersusun kemas di bawal kiri dan kanan, setiap kilauan lembutnya menyerlahkan gaya minimalist & classy anda. Dari jauh nampak elegan, dari dekat setiap butirnya memukau.
Selesa Sepanjang Majlis, Dari Awal Hingga Habis
Majlis kadangkala panjang, dan cuaca pula tak menentu. Tak mengapa.
Dibuat daripada Miyuki Cotton Voile, bawal ini ringan, sejuk dan tidak rimas di kepala. Mudah dibentuk, jadi anda boleh siap bergaya dalam beberapa minit sahaja. Jatuhannya cantik dan kekal kemas sepanjang majlis, sampai ke sesi bergambar.
Kenapa Cikpuan Akan Suka
✔️ Sesuai untuk majlis. Taburan motif yang kemas dan seimbang memberi gaya minimalist & classy yang sesuai digayakan ke majlis kahwin, kenduri dan sambutan istimewa.
✔️ Cantik dalam gambar. Kilauan lembut motif diamond menyerlah.
✔️ Selesa dipakai lama. Ringan dan sejuk, bukan sekadar cantik di mata.
✔️ Mudah digayakan. Sesuai untuk yang baru belajar bertudung atau yang sudah mahir.
✔️ Nampak kemas dari setiap sudut. Jahitan keliling yang rapi memberi hasil yang bersih.
✔️ Ada saiz yang sesuai dengan anda. Pilihan Bidang 45, 50 & 60.
Cikpuan Yang Selesa Dengan Bidang 55/60?
Bidang 60 memang dibuat untuk anda. Lebih labuh, lebih menutup, dan lebih mudah digayakan mengikut citarasa.
Ukuran Bidang 60 KAMI: ± 140 cm x 140 cm
Ukuran mungkin berbeza sedikit dalam lingkungan ± 1–3 inci selepas proses jahitan keliling.
Tentang Bawal Ini
- Material: Miyuki Cotton Voile
- Motif: 48 kuntum bunga diamond eksklusif
- Jahitan: Kemas keliling bawal
- Saiz: Bidang 45, 50 & 60
Nota: Warna sebenar mungkin sedikit berbeza bergantung pada pencahayaan & skrin paparan.











Reviews
There are no reviews yet.