Tentang Kami

Pure Kelantanese Craftsmanship Bawal

SCARVESGALLERIA bermula pada tahun 2021 sebagai sebuah platform website yang menjual tudung bawal daripada pelbagai jenama. Diasaskan oleh Puan Hayatie Saupi bersama suami, jenama ini dibangunkan secara organik dengan penuh dedikasi dan visi jangka panjang.

Melalui pengalaman dalam industri, Puan Hayatie menyedari satu realiti — permintaan terhadap tudung bawal di Malaysia semakin meningkat, namun kualitinya semakin menurun. Tudung yang mudah rosak dan tidak tahan lama menjadi kebiasaan.

Inspirasi SCARVESGALLERIA tercetus daripada sehelai tudung bawal pemberian ibu beliau, dibeli hampir 30 tahun lalu, yang masih kekal elok sehingga hari ini. Dari situ, lahirlah persoalan tentang nilai ketelitian dan kualiti yang semakin dilupakan.

SCARVESGALLERIA kemudian mengangkat semula tudung bawal buatan tangan dari Kelantan, terkenal dengan craftsmanship halus, rekaan berseni dan ketahanan jangka panjang. Setiap helaian dihasilkan menggunakan material premium, jahitan kemas dan kemasan rapi.

Hari ini, SCARVESGALLERIA dikenali dengan identiti
“Pure Kelantanese Craftsmanship Bawal”
koleksi bawal yang berkualiti tinggi, selesa dipakai dan direka untuk wanita moden.

Bagi kami, tudung bukan sekadar pelengkap gaya.
Ia adalah hasil seni, kualiti dan warisan yang dipakai setiap hari.

SCARVESGALLERIA
Pure Kelantanese Craftsmanship.

F.A.Q.

Semua pesanan yang dibuat pada hari yang sama sebelum jam 12.00 tengah malam akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Sekiranya Cikpuan perlu membuat sebarang perubahan atau pembatalan, sila hubungi pasukan kami melalui WhatsApp di 016-962 2445 sebelum jam 8.00 pagi pada hari berikutnya selepas pesanan berjaya dibuat.
Sekiranya tempahan telah diproses dan penghasilan tudung mengikut tempahan telah dimulakan, sebarang perubahan atau pembatalan tidak lagi dibenarkan.

Mohon maklum bahawa pembatalan tempahan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Setiap slot/pesanan akan dikhaskan (reserved) sepenuhnya berdasarkan butiran tempahan yang diterima. Oleh itu, semua tempahan yang telah disahkan adalah dianggap muktamad dan bayaran tidak akan dikembalikan.

Semua tudung yang ditempah akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja. Walau bagai manapun, tempoh siap dan penghantaran mungkin mengalami sedikit kelewatan semasa musim perayaan atau tempoh promosi.

Perbezaan warna mungkin berlaku disebabkan pencahayaan dan paparan skrin peranti. Ini tidak dianggap sebagai kecacatan produk.

Cikpuan boleh hubungi team customer service kami di talian 016-962 2445. Sebarang aduan atau permohonan pertukaran perlu dibuat dalam tempoh 3 hari selepas barang diterima. Walau bagaimana pun Pertukaran atau pemulangan hanya dibenarkan jika produk diterima rosak ( Due to manufacturing defect ), cacat atau salah dihantar oleh pihak kami. Sebarang aduan atau tuntutan selepas 3 hari bekerja tidak akan dialayan.

                                                           Terma & Syarat Pembelian

  1. Semua pesanan yang dibuat pada hari yang sama sebelum jam 12.00 tengah malam akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
    Sekiranya Cikpuan perlu membuat sebarang perubahan atau pembatalan, sila hubungi pasukan kami melalui WhatsApp di 016-962 2445 sebelum jam 8.00 pagi pada hari berikutnya selepas pesanan berjaya dibuat.
    Sekiranya tempahan telah diproses dan penghasilan tudung mengikut tempahan telah dimulakan, sebarang perubahan atau pembatalan tidak lagi dibenarkan.

  2. Pertukaran atau pemulangan hanya dibenarkan sekiranya produk diterima rosak, cacat atau salah dihantar oleh pihak kami.

  3. Sebarang permohonan pertukaran atau aduan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 hari selepas barang diterima, berserta bukti bergambar yang jelas.

  4. Produk mestilah dalam keadaan asal, tidak dipakai, tidak dibasuh, lengkap dengan tag dan pembungkusan asal untuk melayakkan sebarang pertukaran.

  5. Produk custom, tempahan khas atau warna pilihan pelanggan tidak layak untuk pertukaran atau pemulangan.

  6. Perbezaan warna sedikit mungkin berlaku disebabkan pencahayaan atau paparan skrin peranti dan tidak dianggap sebagai kecacatan produk.

  7. Scarves Galleria tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan penghantaran yang disebabkan oleh pihak kurier atau faktor di luar kawalan kami. sila rujuk Tracking Number untuk menyemak status parcel.

  8. Kos penghantaran untuk pertukaran (jika diluluskan) akan ditanggung oleh pelanggan kecuali kes kesilapan daripada pihak kami.

  9. Maklumat pelanggan adalah sulit dan selamat, serta hanya digunakan bagi tujuan pemprosesan pesanan dan perkhidmatan pelanggan.

  10. Scarves Galleria berhak mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.